Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ruang solat kecil di masjid ditutup susuli langkah jarak selamat dipertingkat: MUIS

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan hari ini (5 Apr) bahawa semua ruang kecil yang disediakan untuk solat di beberapa masjid tidak lagi akan disediakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ruang solat kecil di masjid ditutup susuli langkah jarak selamat dipertingkat: MUIS

Para jemaah mengerjakan solat di ruang kecil yang disediakan di Masjid Al-Mukminin di Jurong East pada 23 Mac 2020.

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan hari ini (5 Apr) bahawa semua ruang kecil yang disediakan untuk solat di beberapa masjid tidak lagi akan disediakan.

Menurut catatan Facebook hari ini, Muis menyatakan langkah itu menyusuli pengumuman langkah lebih ketat untuk "memutuskan rantaian jangkitan COVID-19" yang berkuat kuasa 7 Apr ini.

Pada Jumaat (3 Apr), Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa "langkah tegas" akan dilaksanakan di Singapura, di mana kebanyakan tempat kerja dan semua sekolah akan ditutup kecuali yang menawarkan perkhidmatan penting.

Menurut Muis, ini melibatkan penutupan semua tempat ibadah antara 7 April hingga 4 Mei.

Namun, semasa tempoh itu, khidmat penting Muis akan terus disediakan dan orang ramai digalakkan untuk mendapat akses kepada khidmat itu menerusi panggilan talian atau wadah online atau menerusi temu janji.

KAUNTER MUIS TERUS DIBUKA BAGI KHIDMAT PENTING

Kaunter-kaunter Muis juga akan terus dibuka untuk khidmat-khidmat penting iaitu Bantuan Kewangan Zakat Kecemasan, pertanyaan dan bayaran Zakat, Fidyah dan Kaffarah, serta khidmat Lembaga Rayuan bagi Pemfailan notis, petisyen dan rekod rayuan dan bayaran.

Muis juga menggantung permohonan baru untuk Haji, tambahnya di Facebook.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai Muis di talian 6359 1199 dan emel info [at] muis.gov.sg atau melungsuri laman Muis untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Kami mengesa masyarakat Muslim di Singapura supaya kekal teguh dan positif semasa tempoh ini, dan menjaga anggota keluarga dan rakyat Singapura yang lain.

"Sedang masjid-masjid kita ditutup, kami menggalakkan masyarakat mendapatkan ketenangan dalam amalan beribadah atau bersama anggota keluarga masing-masing.

"Terdapat banyak ceramah dan renungan oleh Asatizah kami yang boleh ditonton online. Kami akan mengharungi saat ini bersama," nasihat Muis sebelum mengakhiri catatannya.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan