Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ruang baru Temasek Shophouse galak badan-badan wujudkan impak sosial; dibuka 3 Jun

Pertubuhan-pertubuhan yang ingin mewujudkan perubahan sosial kini mempunyai wadah baru untuk menjalin kerjasama.

Anggaran Waktu Membaca:
Ruang baru Temasek Shophouse galak badan-badan wujudkan impak sosial; dibuka 3 Jun

Temasek Shophouse dibuka di Orchard Road pada 3 Jun 2019.

Diterbitkan : 02 Jun 2019 05:48PM Dikemas Kini : 02 Jun 2019 05:50PM

SINGAPURA: Pertubuhan-pertubuhan yang ingin mewujudkan perubahan sosial kini mempunyai wadah baru untuk menjalin kerjasama.

Ini dengan adanya sebuah hab kerja bersama dipanggil 'Temasek Shophouse' yang baru dibuka di Orchard Road.

Di bangunan warisan empat tingkat tersebut dahulunya terletak sebuah pasar raya. Namun kini, ia menempatkan sayap amal Temasek Holdings.

Ciri-ciri bangunan yang disuntik nafas baru itu juga unik kerana bertemakan kemampanan alam sekitar. Tumbuh-tumbuhan hijau boleh didapati di luar, dalam, bahkan atas bangunan.

Walaupun tema bangunan tertumpu kepada alam semula jadi, tujuan utama ia diberi nafas baru adalah untuk membawa perubahan sosial yang membina.

Misalnya, Temasek berkongsi premisnya dengan rakan-rakan seperti kafe yang menggajikan orang-orang kurang upaya. Ada juga syarikat yang meninjau cara-cara mengitar semula sisa di bangunan yang sama.

Bangunan itu boleh menampung 120 orang dan mereka digalak untuk meluaskan jaringan sosial mereka di pejabat-pejabat, bilik mesyuarat dan ruang istirahat yang disediakan.

Menariknya, bangunan itu turut dibuka kepada orang ramai yang boleh mengikuti bengkel, menonton filem dan melihat pameran yang dipaparkan.

Semuanya bertujuan meningkatkan kesedaran tentang masalah sisa peringkat global yang kian meruncing.  

Sumber : CNA/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan