Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Roses of Peace' agihkan bunga mawar dalam usaha mengumpul dana Cabaran Presiden

3,000 kuntum bunga mawar akan diagihkan oleh sekumpulan relawan belia esok (29 Jul) di majlis Rumah Terbuka Istana bersempena dengan Hari Kebangsaan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 3,000 kuntum bunga mawar akan diagihkan oleh sekumpulan relawan belia esok (29 Jul) di majlis Rumah Terbuka Istana bersempena dengan Hari Kebangsaan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Inisiatif yang dijalankan oleh 'Roses of Peace' (ROP) itu merupakan sebahagian daripada usaha dana Cabaran Presiden, bagi membantu golongan yang memerlukan mempertingkatkan kemahiran mereka.

BUNGA BERI HARAPAN, BANTUAN BAGI GOLONGAN MEMERLUKAN

Sejak awal 9.00 pagi lagi sekitar 100 relawan berkumpul di pusat Onepeople.sg untuk menyiapkan 3,000 tangkai bunga mawar bermacam warna.

Mereka akan mengagihkannya di majlis Rumah Terbuka Istana esok bersempena dengan Hari Kebangsaan yang akan tiba tidak lama lagi.

(Gambar-gambar: Nanyang Photographic Society)

Bunga-bunga yang disediakan tersebut membawa mesej keharmonian dan keamanan antara pelbagai kaum dan agama.

Namun itu bukan satu-satunya tujuan bunga-bunga tersebut diagihkan. Usaha itu juga sebahagian daripada Cabaran Presiden, dengan kutipan derma daripada agihan bunga-bunga tersebut disalurkan kepada usaha memperkasa golongan memerlukan.

Antaranya, mempertingkatkan kemahiran golongan tersebut untuk meraih pendapatan lebih baik.

Maka itu bunga-bunga mawar itu akan dibahagi-bahagikan dengan harapan para penerima dapat memberikan sumbangan $5 atau lebih menerusi kira-kira 10 kotak derma yang disediakan di Istana esok.

Para relawan percaya usaha sebegini dapat menggalak perpaduan agama dengan berkongsi ilmu dan saling mengenali antara satu sama lain.

"Saya menjadi relawan bagi acara ini kerana saya mahu menjadi sebahagian daripada 'Roses of Peace' bagi menggalak keharmonian di kalangan orang ramai.

"Usaha ini merupakan sesuatu yang penting kerana kita negara yang berbilang kaum dan agama dan ia merupakan sesuatu yang penting untuk kita memahami satu sama lain supaya kita boleh lebih bersatu-padu," kata Tyana Foo You Chen, seorang relawan ROP.

ISTANA DISERIKAN DENGAN MESEJ PERPADUAN KAUM, AGAMA

Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Keharmonian Kaum yang berlangsung minggu lalu, setiap tangkai mawar itu juga disertakan dengan pesanan khas tentang nilai-nilai kebaikan yang dianjurkan pelbagai agama.

"Hari Keharmonian Kaum di Singapura adalah penting kerana Singapura adalah negara yang mempunyai pelbagai bangsa.

"Ia juga penting untuk kita raikan Hari Keharmonian Kaum di Singapura kerana kita dapat mempelajari dan memahami pelbagai bangsa dengan lebih rapat," ujar seorang lagi relawan Nur Fazlyana Zakaria.

Pengagihan bunga di Istana esok oleh kumpulan relawan itu akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan