Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rockmelon dari sumber yang terjejas listeria di Australia dijual di S'pura

Dua kiriman bekalan buah tembikai wangi atau rockmelon yang diimport dari seorang penanam yang terbabit dalam penularan wabak listeriosis dari manusia yang membawa maut di Australia dijual di Singapura antara 12 Februari dengan 2 Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
Rockmelon dari sumber yang terjejas listeria di Australia dijual di S'pura

Gambar: JOE RAEDLE/AFP)

Diterbitkan : 06 Mar 2018 12:12AM Dikemas Kini : 06 Mar 2018 01:03AM

SINGAPURA: Dua kiriman buah tembikai wangi atau rockmelon yang diimport dari seorang penanam yang terbabit dalam penularan wabak listeriosis dari manusia yang membawa maut di Australia dijual di Singapura antara 12 Februari dengan 2 Mac, menurut Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) hari ini (5 Mac).

Buah tembikai wangi yang diimport itu dijual di cawangan pasar raya Sheng Siong dan pasar basah.

AVA sudahpun bekerjasama dengan para pengimport untuk mengeluarkan buah tembikai wangi yang tidak terjual daripada kiriman yang terbabit. Sejurus mendapat pemberitahuan AVA, Sheng Siong secara sukarela tidak lagi menjual buah tembikai wangi yang terjejas, tambahnya.

"Semua produk yang terjejas sudah tidak lagi dijual. Rockmelon daripada penanam yang terbabit tidak lagi diimport dan importnya sudahpun digantung," menurut AVA dalam satu kenyataan media.

AVA selanjutnya menyatakan bahawa kesemua buah tembikai wangi yang dijual buat masa ini bukanlah yang terbabit dalam kelompok buah yang ditarik balik penjualannya.

Menurut AVA dalam kenyataan media tersebut, ia bekerjasama dengan para pengimport untuk mengeluarkan buah-buahan yang tidak dijual selepas Piawaian Makanan Australia dan New Zealand (FSANZ) memaklumkan kepadanya tentang buah tembikai wangi di Australia yang terjejas.

Ia juga sedang bekerjasama dengan FSANZ untuk maklumat terkini mengenai kes tersebut.

AVA menasihati para pembeli yang mengesyaki mereka mungkin terbeli buah tembikai wangi yang terjejas dalam tempoh tersebut untuk tidak memakannya. Mereka yang rasa kurang sihat selepas memakan buah tembikai wangi juga harus mendapatkan rawatan perubatan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan