Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Robot pembersih yang boleh 'kenyit mata' dan 'berjenaka' dikerah jelang Mac 2020

Robot-robot ini boleh mengelap dan memberus, "menyanyi" serta turut boleh membuat "lawak jenaka" kepada para pejalan kaki.

Anggaran Waktu Membaca:
Robot pembersih yang boleh 'kenyit mata' dan 'berjenaka' dikerah jelang Mac 2020

(Gambar: LionsBot)

Diterbitkan : 17 Jul 2019 11:20PM Dikemas Kini : 17 Jul 2019 11:21PM

SINGAPURA: Robot-robot ini boleh mengelap dan memberus, "menyanyi" serta turut boleh membuat "lawak jenaka" kepada para pejalan kaki.

Itulah robot-robot pembersih yang tidak lama lagi akan dikerahkan oleh beberapa buah syarikat.

Sekitar 300 robot itu akan dikeluarkan oleh LionsBot International, yang menyatakan bahawa ia adalah syarikat pertama di dunia yang menawarkan robot pembersih untuk disewa.

Ini bermakna bahawa syarikat-syarikat yang ingin menggunakan robot tidak perlu membelinya dan memastikan mesin-mesin itu menjalani proses penyelenggaraan.

Menurut LionsBot semasa melancarkan pengeluaran tempatan robot-robot itu, enam syarikat pembersihan akan mengerahkan robot tersebut menjelang Mac 2020.

Menurut LionsBot lagi, robot-robot tersebut boleh menggunakan sehingga kurang 70 peratus air berbanding sabun-sabun pencuci yang ada kini, dan bekerjasama secara berkumpulan.

Robot-robot itu sudah diprogram dengan "sifat peramah".

"Robot-robot itu boleh mengenyit mata kepada para pejalan kaki dan membuat lawak jenaka sekiranya orang awam menghadangnya daripada melaksanakan tugasnya untuk membersih," menurut LionsBot.

Dengan mengimbas kod QR robot itu, orang awam boleh berinteraksi dengan mesin itu dengan bertanya soalan-soalan seperti "Apakah nama anda?" atau "Apakah jenis pembersihan yang anda melakukan?"

Terdapat 13 model robot berbeza.

Syarikat-syarikat pembersihan dan pemilik bangunan boleh menyewa robot pembersihan LionsBot pada kadar bulanan yang bernilai antara S$1,350 hingga S$2,150. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan