Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Risiko pengunduran daripada Brexit tanpa perjanjian tetap wujud: EU

 Keprihatinan tetap wujud bahawa Britain mungkin meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa sebarang perjanjian melicinkan proses tersebut, kata Ketua Eksekutif blok tersebut pada Sabtu (20 Apr)

Anggaran Waktu Membaca:
Risiko pengunduran daripada Brexit tanpa perjanjian tetap wujud: EU

Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker. (Gambar: Yves Herman/REUTERS)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 01:52PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 01:57PM

BRUSSELS: Keprihatinan tetap wujud bahawa Britain mungkin meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa sebarang perjanjian melicinkan proses tersebut, kata Ketua Eksekutif blok tersebut pada Sabtu (20 Apr) sambil menggesa negara itu agar mengambil kesempatan atas pelanjutan enam bulan untuk membutirkan perincian mengenai pengundurannya.

Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker membuat komen itu dalam satu temu bual bersama akhbar Jerman FUNKE Mediengruppe seminggu setelah para pemimpin EU melanjutkan tempoh pengunduran Britain dari EU untuk enam bulan lagi.

"Tiada sesiapa pun tahu bagaimana Brexit akan berakhir. Ini menimbulkan banyak ketidaktentuan. Masih ada kebimbangan bahawa Brexit akan menjadi sukar tanpa sebarang pengaturan bagi perjanjian untuk mengundur diri," kata Encik Juncker yang turut menyentuh tentang kesan negatif jangka panjang ke atas ekonomi Eropah.

Beliau berkata meskipun pelanjutan kepada 31 Oktober tidak memberi gambaran jelas bila, bagaimana dan samada Brexit akan berlaku, Britain perlu menggunakan masa itu dengan bijak.

Perjanjian tentang pengunduran yang dirundingkan oleh Perdana Menteri Britain Theresa May dengan EU ditolak sebanyak tiga kali oleh parlimen Britain.

Encik Juncker, yang dijadualkan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di mesyuarat G20 di Osaka pada Jun ini, menjangkakan satu "perbincangan rancak".

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan