Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ribut Tembin: Presiden Halimah Yacob utus kawat takziah kepada Duterte

Presiden Halimah Yacob hari ini (28 Dis) mewakili rakyat Singapura dalam mengutuskan kawat takziah kepada Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan rakyatnya atas bencana ribut tropika Tembin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Dec 2017 02:43PM Dikemas Kini : 28 Dec 2017 11:32PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob hari ini (28 Dis) mewakili rakyat Singapura dalam mengutuskan kawat takziah kepada Presiden Filipina Rodrigo Duterte dan rakyatnya atas bencana ribut tropika Tembin.

"Saya amat sedih dengan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang berlaku disebabkan Ribut Tropika Vinta(Tembin) yang melanda Filipina pada 22 Disember, sejurus selepas Ribut Tropika Urduja (Kai-tak)," tulis beliau dalam suratnya itu.

"Bencana alam seperti ini memang satu musibah, namun saya yakin di bawah kepimpinan anda dan kebingkasan rakyat anda, Filipina berupaya bangkit semula dan mengatasi bencana ini dengan penuh tekad dan tabah," tambah beliau.

"Ingatan kami bersama Filipina dan rakyatnya semasa meniti masa-masa sukar ini."

Beribu-ribu penduduk terpaksa melarikan diri daripada kediaman mereka akibat ribut tropika yang melanda selatan Filipina. Petaka alam ini turut meragut beratus-ratus nyawa dan ramai yang lain hilang.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan