Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Retreat tahunan menteri luar ASEAN di S'pura bermula hari ini

Singapura dengan rasmi menjadi pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) apabila para menteri ehwal luar ASEAN berhimpun di retreat tahunan mereka hari ini (4 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Retreat tahunan menteri luar ASEAN di S'pura bermula hari ini

Gambar fail para menteri ehwal luar ASEAN. (Gambar: Vivian Balakrishnan/Facebook)

Diterbitkan : 04 Feb 2018 08:05PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 08:09PM

SINGAPURA: Singapura dengan rasmi menjadi pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) apabila para menteri ehwal luar ASEAN berhimpun di retreat tahunan mereka hari ini (4 Feb).

Retreat Menteri Ehwal Luar ASEAN selama tiga hari yang diadakan di Singapura itu akan dipengerusikan oleh Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.

Dalam kenyataannya, Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan retreat itu adalah peluang "berguna dan tepat pada masanya" untuk membincangkan hala tuju masyarakat ASEAN.

Para menteri itu dijangka merundingkan keutamaan-keutamaan ASEAN sejajar dengan tema yang dipiliha Singapura iaitu "Berdaya Tahan dan Inovatif".

Pada bulan Disember lalu, Dr Balakrishnan berkata salah satu objektif Singapura menjadi pengerusi adalah untuk membangunkan rangkaian Bandar-Bandar Bijak ASEAN. Ini, katanya, akan "menghubungkan rakyat dan ekonomi" dengan licin dan membolehkan "pengaliran idea dan huraian" di rantau ini.

Ancaman-ancaman keselamatan siber dan perlunya mewujudkan rangka kerja untuk melindungi ASEAN daripada ancaman seumpama itu dijangka turut dibincangkan.

Para menteri juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan serantau dan antarabangsa, menurut MFA.

Dalam mesyuarat-mesyuarat ASEAN baru-baru ini, isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan menjadi tumpuan.

Tahun lalu, ASEAN dan China mengumumkan bermulanya rundingan kod tatalaku di Laut China Selatan setelah ia disokong oleh para menteri ehwal luar rantau itu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan