Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Restoran terbaru 'Encik Tan' belanja lebih 50 ibu bapa, anak makan percuma

Lebih 50 ibu bapa dan anak-anak mereka dari keluarga-keluarga di bawah naungan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) diberi jamuan percuma oleh restoran Encik Tan di Marina Square pada Khamis (28 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 50 ibu bapa dan anak-anak mereka dari keluarga-keluarga di bawah naungan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) diberi jamuan percuma oleh restoran Encik Tan di Marina Square pada Khamis (28 Nov).

Makan bersama seisi keluarga demi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan masing-masing.

Itulah yang dilakukan 13 buah keluarga di cawangan terbaru restoran Encik Tan yang dimiliki Fei Siong Group.

Jamuan percuma makanan halal itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bantuan masyarakat yang dilakukan Fei Siong Group.

"TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..."

Salah seorang ibu yang diundang, Cik Farida Widiasuti, 51 tahun, meluahkan betapa beliau menjunjung tinggi budi baik yang ditunjukkan pihak penganjur.

"Saya cakap terima kasih banyak-banyak, beribu-ribu terima kasih. Saya tak boleh tercakapkan pasal saya punya bahagia bawa anak-anak keluar dalam cuti ini pasal saya pun nak bawa anak-anak keluar pun nak fikir banyak kali," kata Cik Farida.

Pengarah Eksekutif, Kumpulan Fei Siong, Encik Tan Kim Leng memberitahu BERITAmediacorp betapa beliau "sangat gembira" dapat melihat kanak-kanak ceria menjamu selera dan dapat meluangkan masa dengan keluarga seperti itu.

PPIS pula menyatakan, inisiatif ini juga tepat dengan usahanya memupuk nilai-nilai kekeluargaan.

"Ini adalah sejajar dengan misi PPIS untuk memperkukuhkan keluarga di mana sama ada mereka makan di luar ataupun makan di rumah, ia adalah amat penting kerana ini mereka boleh jadikan sebagai satu amalan untuk membawa keluarga bersama-sama," kata Presiden PPIS, Cik Rahayu Mohamad.

PPIS turut mengalakkan masyarakat untuk mencuba pelbagai lagi aktiviti demi menguatkan keharmonian kekeluargaan.

"Keluarga juga boleh keluar untuk aktiviti-aktiviti rekreasi. Di luar sana, banyak sangat program-program kemasyarakatan yang dianjurkan pihak-pihak badan-badan bantu yang lain.

"Kita juga boleh mengajak keluarga-keluarga menziarahi saudara-mara mereka supaya ini dapat mengukuhkan bukan hanya silaturahim di antara unit keluarga itu tapi juga dengan keluarga yang lebih besar nanti," tambah Cik Rahayu lagi.

TURUT SUMBANG BAUCAR NTUC S$100 UNTUK SETIAP KELUARGA

Sumbangan Encik Tan tidak berakhir sekadar makanan di restorannya saja. Setiap keluarga turut menerima baucar barangan dapur NTUC bernilai $100.

Ia sedikit sebanyak dapat meringankan kesukaran untuk golongan seperti Encik Zani Othman, 51 tahun, seorang bapa tunggal.

"Saya seorang bapa tunggal yang terpaksa, bertukar-tukar kerja buat sementara ini kerana anak saya ada disleksia," kongsi Encik Zani.

TEROKA DAYA USAHA LAIN PULA DENGAN PPIS

Dengan kejayaan kolaborasinya yang pertama dengan PPIS itu, restoran Encik Tan berazam untuk memperluaskan lagi kerjasamanya dengan PPIS menerusi pelbagai lagi inisiatif pada masa depan.

Dibuka pada 2014, rangkaian restoran Encik Tan menyediakan pelbagai versi halal hidangan-hidangan popular tempatan Cina bagi memenuhi cita rasa masyarakat Islam.

Sejauh ini, terdapat sebanyak 19 cawangan Encik Tan beroperasi di sini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan