Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Resort Eko Mandai dijangka buka pada 2023

Mulai 2023, para penggemar alam semula jadi boleh menginap di rumah-rumah atas pokok dekat resort Mandai yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2019 11:04PM Dikemas Kini : 23 May 2019 11:08PM

SINGAPURA: Mulai 2023, para penggemar alam semula jadi boleh menginap di rumah-rumah atas pokok dekat resort Mandai yang baru.

Resort eko yang mempunyai 338 bilik menjanjikan para tetamu akses kepada alam semula jadi dan berharap untuk menjadikan mereka lebih prihatin terhadap sekitaran.

Rumah atas pokok di resort eko Mandai akan dibina berdekatan taman-taman hidupan liar kawasan tersebut. Ia merupakan salah satu daripada pengalaman yang para pengunjung boleh jangkakan apabila resort tersebut dibuka.

"Apabila anda melihat resort itu dari atas, dari seberang takungan air ataupun dari mana-mana sudut, anda akan dapati bahawa ia diselebungi sepenuhnya oleh kehijauan.

"Bahkan, kehijauan itu sebenarnya menjadi sebahagian daripada seni bina dan bangunan tersebut akan kelihatan seolah-olah ia sebahagian daripada hutan tersebut," kata Pengarah Urusan WOW Architects, Wong Chiu Man.

Gambaran dalaman sebuah rumah pokok di resort Mandai. (Gambar: Mandai Park Holdings)

Menariknya lagi, resort tersebut dibina beberapa meter di atas tanah untuk membolehkan hidupan liar di situ berkeliaran dengan bebas.

Para pengunjung boleh mengambil bahagian dalam kegiatan seperti bersiar-siar di sekitar resort itu mahupun aktiviti di taman-taman hidupan liar berdekatan.

Pengendali Banyan Tree Holdings, yang dikenali dengan resort-resort mewahnya, akan menawarkan harga yang berperingkat untuk para pengunjung.

"Ideanya adalah untuk mereka sebuah pengalaman khas, unik dan bukan untuk mencipta sesuatu yang eksklusif sama sekali kerana ini merupakan projek nasional. Ia bukan disasarkan secara dasarnya kepada para pelancong. Ia disasarkan kepada rakyat Singapura," kata Pengerusi Eksekutif Banyan Tree Holdings, Ho Kwon Ping.

Resort tersebut adalah sebahagian daripada projek penyegaran semula kawasan Mandai.

Perubahan lain termasuk pemindahan Taman Burung Jurong dan pembangunan Taman Hutan Hijau di kawasan yang sama seperti Taman Haiwan Singapura, Night Safari dan River Safari. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan