Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja tersepit dalam lori RedMart di Ang Mo Kio

Seorang pemandu berusia 18 tahun yang tersepit dalam lorinya diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) setelah bertembung dengan sebuah kereta.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja tersepit dalam lori RedMart di Ang Mo Kio

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 31 Jan 2018 07:14PM Dikemas Kini : 31 Jan 2018 07:17PM

SINGAPURA: Seorang pemandu berusia 18 tahun yang tersepit dalam lorinya diselamatkan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) setelah bertembung dengan sebuah kereta.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta di persimpangan antara Ang Mo Kio Avenue 4 dengan Ang Mo Kio Street 11 sekitar pukul 10.00 malam semalam (30 Jan).

Remaja yang memandu lori itu dan pemandu kereta terbabit yang berusia 77 tahun dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dalam keadaan sedar, menurut polis.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan para pegawai SCDF berkerjasama untuk menolak lori RedMart tersebut demi menyelamatkan remaja berkenaan.

Para pegawai kemudian menarik keluar remaja itu menggunakan peralatan hidraulik, menurut SCDF.

Mediacorp difahamkan kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut ketika itu sedang menuju ke Ang Mo Kio Avenue 4 apabila dirempuh lori.

Siasatan polis masih dijalankan. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan