Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja perempuan 18 tahun ditangkap tipu jual 'bahan bogel'

Seorang remaja perempuan 18 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan. Salah satu daripadanya melibatkan iklan online menawarkan "bahan-bahan bogel".

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja perempuan 18 tahun ditangkap tipu jual 'bahan bogel'

Gambar fail. (Gambar: Reuters/Andrew Kelly)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 05:29PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 05:31PM

SINGAPURA: Seorang remaja perempuan 18 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan. Salah satu daripadanya melibatkan iklan online menawarkan "bahan-bahan bogel".

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (24 Jan).

Pada 28 Oktober tahun lalu, polis menerima aduan daripada seorang mangsa yang mendakwa ditipu setelah termakan dengan iklan online yang berjanji untuk menyerahkan bahan-bahan bogel selepas dibayar.

Mangsa kemudian membuat kiriman wang kepada penjual, yang selepas itu didakwa tidak dapat dihubungi.

"Menerusi siasatan susulan, para pegawai polis Divisyen Jurong mengenal pasti identiti remaja berkenaan dan menangkapnya pada 21 Januari 2021," menurut SPF dalam satu kenyataan media.

"Siasatan awal mendapati remaja itu dipercayai terlibat dalam kes-kes penipuan lain yang serupa."

Siasatan polis masih dijalankan.

Jika sabit kesalahan menipu, suspek boleh jatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dikenakan denda.

"Polis memandang serius terhadap individu-individu yang mungkin terlibat dalam kes penipuan dan pelakunya akan ditangani menurut undang-undang," tegas SPF.

SPF juga menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga terhadap permintaan online untuk menjadi kawan dan senarai online yang menawarkan khidmat teman sosial (escort), mengurut atau seks kerana ia mungkin satu penipuan.

Polis juga memberi amaran agar jangan mudah menyerahkan butiran peribadi seperti maklumat kad kredit kepada orang lain dan menasihatkan mangsa supaya bertenang dan jangan terpedaya dengan taktik menakut-nakutkan oleh penipu. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan