Images
  • mikail
    Muhammad Mikail Mohd Shahri. (Gambar: SPF)

Remaja hilang buat kali ketiga dalam 5 bulan: Mikail Mohd Shahri, 13 tahun, sedang dicari Polis

BERITAMediacorp: Pasukan Polis Singapura (SPF) merayu kepada orang ramai supaya memberikan maklumat mengenai Muhammad Mikail Mohd Shahri yang berusia 13 tahun, yang kini dilaporkan hilang.

Menurut kenyataan SPF hari ini (27 Nov), kali terakhir Muhammad Mikail dilihat adalah di Serangoon Avenue 4 pada 22 November 2017, pada sekitar pukul 2.00 petang.

Ini juga merupakan kali ketiga Muhammad Mikail dilaporkan hilang. Pada 28 Julai tahun ini, polis turut merayu maklumat mengenainya yang kali terakhir kelihatan di Blok 223A Serangoon Avenue 4 sekitar pukul 10.15 pagi. Pada 27 September pula polis merayu maklumat mengenainya yang terkahir kelihatan di kawasan Pusat Beli-Belah NEX yang terletak di Serangoon Central sekitar pukul 2.50 petang.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline polis 1800-255-0000 atau secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

LAPORAN BERKAITAN:

 

- BERITAMediacorp/sm

Top