Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja dipercayai cabul kehormatan wanita dalam lif diberkas

Seorang remaja 16 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes cabul kehormatan, menurut polis hari ini (1 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja dipercayai cabul kehormatan wanita dalam lif diberkas

(Gambar hiasan: Jeremy Long)

Diterbitkan : 01 Dec 2018 05:23PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 05:25PM

SINGAPURA: Seorang remaja 16 tahun diberkas kerana disyaki terlibat dalam satu kes cabul kehormatan, menurut polis hari ini (1 Dis).

Pada Khamis (29 Nov), sekitar 7.30 malam, pihak polis menerima aduan tentang seorang wanita yang dicabul kehormatannya dalam sebuah lif blok HDB di Potong Pasir Avenue 1.

Suspek dikenal pasti lalu diberkas di Potong Pasir Avenue 2 dalam tempoh 24 jam selepas aduan difailkan.

Polis masih menjalankan siasatan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara antara tiga hingga 10 tahun, dan dirotan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan