Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja dikenakan probesyen kerana cabul adik perempuan 12 tahun

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dijatuhi hukuman probesyen selama 21 bulan pada Rabu (29 Jan) kerana berulang kali mencabuli adik perempuannya yang berusia 12 tahun dan menyuruh budak itu melakukan perbuatan seks sebagai ganti untuk mendapatkan barangan K-pop.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja dikenakan probesyen kerana cabul adik perempuan 12 tahun

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 29 Jan 2020 02:08PM Dikemas Kini : 29 Jan 2020 02:10PM

SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dijatuhi hukuman probesyen selama 21 bulan pada Rabu (29 Jan) kerana berulang kali mencabuli adik perempuannya yang berusia 12 tahun dan menyuruh budak itu melakukan perbuatan seks sebagai ganti untuk mendapatkan barangan K-pop.

Remaja itu juga diperintah melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama 150 jam dan menghadiri program pemulihan.

Remaja itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa, yang kini tinggal bersama neneknya.

Mahkamah diberitahu bahawa rancangan sudah diuruskan bagi memastikan kedua-dua adik beradik itu tidak tinggal bersama.

Remaja itu mengaku bersalah tahun lalu atas dua tuduhan mencabuli kehormatan adik perempuannya dan satu lagi kerana cuba mendapatkan perbuatan seks daripada seorang kanak-kanak.

Tuduhan keempat iaitu menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan memeluknya dari belakang turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Remaja itu mencabuli adik perempuannya pada Januari tahun lalu ketika dia berada di dalam bilik mangsa ketika mangsa menanyakan soalan mengenai kerja sekolahnya.

Mangsa kemudian membuat aduan polis yang mengatakan dia dicabuli oleh abangnya.

TIga laporan - laporan psikologi, kesesuaian probesyen dan pemulihan didedahkan oleh pihak pendakwa raya kepada mahkamah hari ini.

Laporan probesyen menyarankan hukuman probesyen selama 21 bulan, manakala laporan pemulihan mendapati remaja itu sesuai menjalani latihan pemulihan dan laporan psikologi pula menyarankan, antara lain, rawatan khas berdasarkan kesalahannya.

Pihak pendakwa raya menambah mangsa tidak lagi tinggal bersama tertuduh dan kini tinggal bersama neneknya.

Kaunselor sekolah juga mengatakan beliau tidak melihat sebarang perubahan negatif dari segi emosi atau tingkah laku kanak-kanak itu.

Ibu kepada remaja itu membayar ikat jamin S$5,000 bagi memastikan anak lelakinya berkelakuan baik sepanjang tempoh probesyen.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan