Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja, anggota bomba alami kelecuran akibat kebakaran di Woodlands

Seorang remaja dan seorang anggota bomba mengalami kelecuran akibat kebakaran yang berlaku dalam sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Woodlands pada Selasa (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja, anggota bomba alami kelecuran akibat kebakaran di Woodlands

(Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 09 Apr 2019 09:59PM Dikemas Kini : 09 Apr 2019 10:02PM

SINGAPURA: Seorang remaja dan seorang anggota bomba mengalami kelecuran akibat kebakaran yang berlaku dalam sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Woodlands pada Selasa (9 Apr).

Lagi empat orang - dua wanita dan dua kanak-kanak - dibawa ke hospital kerana terhidu asap.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya memberi respons kepada kebakaran di tingkat lima Blok 159 Woodlands Street 13 sekitar jam 3.30 petang.

Para anggota bomba memasuki flat itu secara paksa dan menyelamatkan seorang wanita, remaja dan dua kanak-kanak yang terperangkap di bahagian dapur.

Lagi lima penghuni yang tinggal bersebelahan dengan flat yang terbakar itu turut dipindahkan.

"Kebakaran yang marak itu melibatkan barang-barang dari sebuah bilik tidur dan ruang tamu," menurut SCDF dalam kenyataannya di Facebook.

Remaja itu mengalami kelecuran pada bahagian belakang dan bahu kirinya. Beliau dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Dua wanita dan dua kanak-kanak dibawa ke SGH dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK kerana terhidu asap.

Anggota bomba yang mengalami kelecuran ringan pada bahu kirinya turut dibawa ke SGH.

Kebakaran itu dipadamkan dengan menggunakan dua jet air.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu tercetus akibat alat mobiliti peribadi yang dibiarkan dicas dalam sebuah bilik tidur.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan