Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 18 tahun diberkas atas penipuan tiket konsert di Carousell

Seorang remaja 18 tahun diberkas minggu ini kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan e-dagang melibatkan tiket-tiket konsert Blackpink, Ed Sheeran dan Maroon 5, menurut pihak polis pada Khamis (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 18 tahun diberkas atas penipuan tiket konsert di Carousell

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 01:06PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 01:09PM

SINGAPURA: Seorang remaja 18 tahun diberkas minggu ini kerana disyaki terlibat dalam satu siri penipuan e-dagang melibatkan tiket-tiket konsert Blackpink, Ed Sheeran dan Maroon 5, menurut pihak polis pada Khamis (18 Apr).

Polis menyatakan pihaknya menerima beberapa aduan dari 13 Feb hingga 2 Mac oleh mangsa-mangsa yang tidak menerima tiket meskipun membuat pembayaran menerusi pemindahan bank kepada seorang penjual di Carousell.

Hasil siasatan susulan, para pegawai dari Jabatan Ehwal Komersil mengenal pasti suspek lalu memberkasnya pada Rabu (17 Apr). Dia dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 11 kes penipuan dan menipu mangsa sebanyak S$5,400.

Suspek akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis atas tuduhan menipu. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan