Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 18 tahun antara 5 disyaki pesalah dadah ditangkap dalam 2 operasi berasingan

Lima disyaki pesalah dadah diberkas dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Khamis (19 Sep). Antara yang ditangkap termasuk seorang remaja 18 tahun yang disyaki pengedar dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 18 tahun antara 5 disyaki pesalah dadah ditangkap dalam 2 operasi berasingan

Dadah dan wang tunai yang dirampas dalam operasi CNB pada 19 Sep 2019. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 20 Sep 2019 06:26PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 06:29PM

SINGAPURA: Lima disyaki pesalah dadah diberkas dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Khamis (19 Sep). Antara yang ditangkap termasuk seorang remaja 18 tahun yang disyaki pengedar dadah.

Para pegawai CNB juga merampas dadah bernilai sekitar S$78,000 termasuk di lokasi-lokasi seperti di rumah remaja itu dan di bilik rehat pembersih di sebuah estet perumahan privet.

Remaja rakyat Singapura itu ditangkap di kolong blok berhampiran Serangoon North Avenue 1.

Dia kemudian digiring ke rumahnya, di mana para pegawai CNB menjumpai sekitar 345g kanabis dan alat timbang digital.

Dadah kanabis yang dijumpai. (Gambar: CNB)

Dalam operasi berasingan, para pegawai CNB memberkas empat disyaki pesalah dadah dan merampas sekitar 1kg heroin.

Para pegawai mendapati salah seorang yang disyaki pengedar dadah itu - seorang lelaki rakyat Singapura berusia 48 tahun - berjumpa dengan seorang suspek, iaitu lelaki rakyat Malaysia berusia 30 tahun, di tempat letak kereta bertingkat berhampiran Woodlands Avenue 6 pada Khamis.

Tidak beberapa lama selepas itu, lelaki 48 tahun itu meninggalkan tempat letak kereta tersebut dalam sebuah van dengan seorang lagi suspek, seorang lelaki rakyat Singapura berusia 49 tahun.

Para pegawai CNB memintas van itu di persimpangan antara Gambas Avenue dan Sembawang Road dan menangkap kedua-dua lelaki berkenaan, serta merampas sekitar 462g heroin yang dijumpai dalam van itu.

(Gambar: CNB)

Pasukan berasingan pegawai CNB memberkas lelaki Malaysia itu, yang masih berada di tempat letak kereta. Wang tunai berjumlah S$3,000 dijumpai pada lelaki berkenaan.

Para pegawai CNB menggiring lelaki 49 tahun itu ke tempat kerjanya dekat Yishun Street 81, di mana dia bekerja sebagai seorang pembersih di sebuah estet kejiranan privet.

Sekitar 563g heroin, 34g Ice dan dua pil Erimin-5 ditemui dalam bilik rehat pembersih.

Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 51 tahun yang disyaki pesalah dadah, juga ditangkap dalam proses itu dan didapati memiliki sejumlah kecil dadah Ice dan beberapa peralatan mengambil dadah.

Siasatan terhadap kegiatan dadah kesemua suspek masih diteruskan.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan