Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 16 tahun didakwa dengan tuduhan bunuh rakan Sekolah River Valley High

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa pada Selasa (20 Jul) atas tuduhan membunuh pelajar dari Sekolah River Valley High semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 16 tahun didakwa dengan tuduhan bunuh rakan Sekolah River Valley High

(படம்: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 20 Jul 2021 11:05AM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 11:08AM

SINGAPURA: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa pada Selasa (20 Jul) atas tuduhan membunuh pelajar dari Sekolah River Valley High semalam.

Remaja itu, yang tidak boleh didedahkan namanya kerana dia masih bawah umur dan dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda dikenakan satu tuduhan membunuh.

Dia dituduh menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki Menengah 1 yang berusia 13 tahun antara pukul 11.16 pagi dengan 11.44 pagi pada 19 Julai di sebuah tandas di tingkat empat sekolah itu di 6 Boon Lay Avenue.

Tertuduh, yang merupakan seorang pelajar Menengah 4, dihadapkan ke mahkamah melalui pautan video ketika ditahan reman.

Polis sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di sekolah itu pada kira-kira 11.40 pagi pada Isnin (19 Jul). Para pegawai menemui mangsa terbujur dengan pelbagai kesan luka di sebuah tandas di sekolah itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan sebilah kapak dirampas sebagai bukti kes. Siasatan awal menunjukkan bahawa tertuduh dan mangsa tidak saling mengenali.

Sungguhpun demikian, polis akan terus menyiasat motif di sebalik kejadian itu.

Pihak pendakwa berjaya meminta mahkamah untuk meluluskan permintaan untuk mereman tertuduh bagi tujuan penilaian psikiatri.

Hukuman bagi kesalahan membunuh termasuk hukuman mati. Namun menurut Seksyen 314 Kanun Prosedur Jenayah, hukuman mati tidak boleh dilaksanakan atau dijatuhkan ke atas tertuduh yang berusia bawah 18 tahun sewaktu melakukan kesalahan tersebut.

Sebaliknya, dia boleh dihukum penjara seumur hidup.

Dalam kenyataannya pada Isnin, polis menggesa orang ramai supaya jangan membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut demi menghormati keluarga mangsa.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan