Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 16 tahun bantu polis siasat kes buang oBike ke dalam sungai

Video kedua pula menunjukkan pemuda yang sama, kali ini memakai kemeja-T berwarna putih, membuang basikal oBike dari sebuah jambatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 16 tahun bantu polis siasat kes buang oBike ke dalam sungai

Petikan gambar remaja yang membuang basikal oBike.

Diterbitkan : 18 Jul 2018 05:04PM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 05:14PM

SINGAPURA: Polis mengesahkan pada Rabu (18 Jul) bahawa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun sedang membantu siasatan selepas rakaman video yang menunjukkan seorang pemuda yang membuang basikal oBike dan basikal ofo ke dalam sungai menjadi viral.

Belia yang memakai kemeja-T berwarna jingga dan seluar pendek berwarna hitam sambil dilihat sedang merokok, pada mulanya dilihat mencampakkan sebuah basikal ofo ke dalam sungai dari sebuah jambatan di Instagram.

Video kedua pula menunjukkan pemuda yang sama, kali ini memakai kemeja-T berwarna putih, membuang basikal oBike dari sebuah jambatan.

Jurucakap Pasukan Polis Singapura memberitahu Mediacorp bahawa aduan berhubung insiden berkenaan sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Video tersebut sudah banyak dikongsi di media sosial, termasuk di laman Facebook Sure Boh Singapore dan Thelocalsociety.

Menerusi video-video tersebut, besar kemungkinan bahawa insiden itu berlaku di jambatan pejalan kaki di Lorong Halus di Punggol.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan