Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Remaja 13 tahun diberkas kerana curi S$1,000 dari flat Tampines

Seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang disyaki mencuri wang tunai S$1,000 dari sebuah kediaman di Tampines sudah diberkas, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 13 tahun diberkas kerana curi S$1,000 dari flat Tampines

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 12 Jul 2019 10:38AM Dikemas Kini : 12 Jul 2019 10:40AM

SINGAPURA: Seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang disyaki mencuri wang tunai S$1,000 dari sebuah kediaman di Tampines sudah diberkas, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat (12 Jul).

Pada Khamis, pihak polis menerima aduan pada sekitar 6.35 pagi mengenai wang tunai bernilai S$1,000 lesap dari sebuah unit flat di Tampines Street 24.

Siasatan-siasatan dan gambar-gambar dari kamera polis berjaya membantu pihak berkuasa mengenal pasti remaja itu pada hari yang sama.

"Siasatan awal mendedahkan bahawa remaja itu terlibat dalam satu lagi kes serupa. Siasatan masih dijalankan," menurut polis,

Mereka yang didapati bersalah kerana mencuri boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan