Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Relawan NParks didenda bawa rombongan lawatan ke Taman Semula Jadi Windsor secara haram

Seorang pengasas kumpulan alam sekitar berusia 58 tahun, didenda S$4,700 pada Selasa (16 Apr) kerana mengetuai sebuah kumpulan memasuki taman selepas ia sudah ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Relawan NParks didenda bawa rombongan lawatan ke Taman Semula Jadi Windsor secara haram

Ben Lee Chin Tiong meletak keretanya di depan gantri tempat meletak kereta dan memberitahu dua pemandu lain untuk turut berbuat demikian.

Diterbitkan : 17 Apr 2019 05:56PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 06:01PM

SINGAPURA: Seorang pengasas kumpulan alam sekitar berusia 58 tahun, didenda S$4,700 pada Selasa (16 Apr) kerana mengetuai sebuah kumpulan memasuki taman selepas ia sudah ditutup.

Menurut mahkamah, Ben Lee Chin Tiong, seorang relawan dengan Lembaga Taman Negara, menganjurkan satu acara fotografi pada waktu malam di Taman Semula Jadi Windsor pada 20 Feb sebagai salah satu aktiviti bagi kumpulan pemuliharaan alam sekitar, Nature Trekker.

Seramai tujuh orang termasuk juru gambar dan pembantu rumah Lee memasuki taman tersebut yang ditutup pada jam 7.00 malam.

Lee meletak keretanya di depan gantri tempat meletak kereta dan memberitahu dua pemandu lain untuk turut berbuat demikian.

Mereka kemudian mengikuti Lee memasuki taman itu pada jam 8.37 malam, bagi sesi memetik gambar ketika waktu malam.

Seorang pegawai NParks ternampak kumpulan itu memasuki tempat letak kenderaan dan tiga kereta di luar gantri, yang menghalang jalan masuk ke tempat itu.

Beliau menghubungi pasukan penguatkuasaan NParks untuk mendapatkan bantuan dan mencari kumpulan tersebut. Dua pegawai NParks turut ikut serta mencari kumpulan tersebut pada jam 9.20 malam.

Mereka menemui lima lelaki dan dua wanita berada sekitar 230 meter dalam taman tersebut.

Mereka memasang lampu spotlight, manakala ada yang juga menggunakan lampu suluh dan cahaya kamera.

Para pegawai NParks itu menahan kumpulan tersebut dan menemani mereka keluar dari taman tersebut.

LEE YAKINKAN KUMPULAN DIA ADA KEBENARAN MASUKI TAMAN

Lee mengaku bahawa dia menganjurkan acara untuk satu sesi fotografi.

Dia tidak meuar-uarkan acara itu di laman Nature Trekker, tetapi berbuat demikian melalui Whatsapp privet.

Lee meyakinkan beberapa anggota kumpulan itu bahawa dia sudah mendapat kebenaran untuk memasuki taman tersebut pada waktu malam, walhal dia tidak berbuat demikian.

Lee mengaku bersalah terhadap lapan tuduhan di bawah Peraturan Akta Taman dan Pokok. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan