Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

RCEP tidak boleh bersifat eksklusif, tegas DPM Heng

Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP) perlu dirunding dan dilaksanakan dengan cara agar tidak bersifat eksklusif, menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat hari ini (19 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2019 07:27PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 11:38PM

SINGAPURA: Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP) perlu dirunding dan dilaksanakan dengan cara agar tidak bersifat eksklusif, menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat hari ini (19 Sep).

Menurut Encik Heng lagi, perjanjian perdagangan itu adalah satu cara untuk memanfaatkan sistem berbilang hala dan tidak sepatutnya dilihat sebagai "Kubu Asia".

Berucap semasa dialog Sidang Asia Institut Milken hari ini, Encik Heng berkata perbincangan yang diadakan mengenai RCEP menunjukkan kesediaan negara-negara terlibat untuk bekerjasama.

Para pesertanya terdiri daripada kesemua 10 negara anggota ASEAN serta China, Korea Selatan, Jepun , India, Australia dan New Zealand.

Menurut Encik Heng lagi, negara-negara peserta boleh membincangkan bagaimana dapat menampung satu sama lain dalam pembangunan masing-masing.

Lebih daripada itu, kata DPM Heng, negara-negara dengan visi yang sama perlu bekerjasama untuk terus mengekalkan perdagangan bebas serta penyejagatan. 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan