Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Razer Game Store henti operasi

Syarikat pengeluar peranti permainan Razer, mengumumkan pada Sabtu (16 Feb) bahawa kedai permainan digitalnya dalam talian, Razer Game Store, akan berhenti beroperasi menjelang hujung Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
Razer Game Store henti operasi

Petikan skrin Razer Game Store.

Diterbitkan : 16 Feb 2019 05:42PM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 05:45PM

SINGAPURA: Syarikat pengeluar peranti permainan Razer, mengumumkan pada Sabtu (16 Feb) bahawa kedai permainan digitalnya dalam talian, Razer Game Store, akan berhenti beroperasi menjelang hujung Februari.

Menurut kenyataan media syarikat tersebut: "Kami secara berat hati mengumumkan Razer Game Store akan berhenti beroperasi pada 28 Feb 2019 pada 1700hrs UTC+8 sebagai sebahagian rancangan penjajaran semula syarikat."

Razer menambah pihaknya akan "melabur dalam cara lain untuk menawarkan kandungan hebat dan memperkenalkan promosi permainan menerusi Razer Gold", merujuk kepada sistem kredit maya.

Razer menjelaskan dalam satu senarai soal jawab bahawa permainan yang sudah dibeli oleh pelanggannya masih boleh digunakan selepas penutupan wadah itu.

"Kami akan menghantar emel kepada hantar dengan arkib kesemua pembelian mainan anda, yang boleh anda aktifkan pada (wadah mainan) Steam atau UPlay mengikut pilihan anda sendiri," tambah Razer.

Syarikat tersebut menambah pihaknya akan memenuhi pembelian awal yang dibuat pelanggan dan mereka masih boleh menggunakan Razer Gold untuk terus membeli permainan secara online.

Razer akan "memohon" agar data para pelanggan dihapuskan pihak rakan kongsinya yang tidak lagi bekerjasama dengan Razer Game Store.

Kurang setahun lalu, Razer mengumumkan pelancaran kedai permainan dalam talian di Asia Tenggara bermula dengan pasaran Singapura menggunakan Lazada sebagai penyedia perkhidmatan tersebut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan