Images
  • supreme court
    Gambar fail Mediacorp.

Rayuan lelaki terhadap hukuman mati kerana seludup 1kg ganja ke S'pura ditolak

SINGAPURA: Seorang lelaki yang mengimport 1 kilogram ganja dari Malaysia tiga tahun lalu dijangka akan menjalani hukuman mati setelah rayuan terhadap hukumannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada Selasa (12 Okt).

Omar Yacob Bamadhaj, rakyat Singapura berusia 41 tahun, dijatuhi hukuman mati pada Februari tahun ini selepas didapati bersalah atas satu tuduhan mengimport tiga bungkusan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu kilogram ganja pada 2018.

Dia diberkas semasa menjalani pemeriksaan rutin di Pusat Pemeriksaan Woodlands sejurus selepas tengah malam pada 12 Julai 2018. Bapanya, yang tidak mengetahui tentang dadah tersebut, adalah pemandu kenderaan tersebut.

Apabila disoal mengenai ketiga-tiga bungkusan yang dibalut dengan kerajang aluminium dan surat khabar di but kereta, Omar menjawab bahawa ia mengandungi "tanaman untuk herba".

Pihak pendakwa berhujah Omar membuat tempahan untuk mendapatkan dadah Kelas A itu pada 10 Julai 2018 dan mengambilnya sehari kemudian berdekatan sebuah masjid di Malaysia.

Omar ketika itu berpura-pura tidak tahu-menahu tentang kandungan ketiga-tiga bungkusan itu. Dia mendakwa beberapa kenalannya, yang dikenali sebagai Din dan Latif, meletakkan ketiga-tiga bungkusan itu ke dalam begnya tanpa pengetahuannya.

Dalam keterangannya kepada pihak polis pada hari dia diberkas, Omar mendedahkan bahawa perjanjiannya adalah S$500 bagi setiap bungkusan. Dia juga mengaku bahawa dia tahu "hijau" itu aalah ganja dan berfikir selama 20 minit sebelum menyetujui perjanjian tersebut kerana dia "terdesak untuk mendapatkan wang".

Namun, dalam beberapa keterangan kemudian, Omar menafikan dia mengetahui tentang kandungan ketiga-tiga bungkusan itu.

Pada Selasa (12 Okt), peguamnya Hassan Esa Almenoar berkata terdapat keraguan yang munasabah sama asa Omar mengimport dadah tersebut dengan sengaja ataupun tidak, dan menegaskan adalah "sukar untuk membuat kesimpulan yang anak guamnya merancang semua ini".

DAKWA DIPAKSA OLEH PEGAWAI CNB

Omar juga mendakwa para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) "memaksanya" untuk memberikan keterangan. Dia turut mendakwa seorang pegawai CNB membaling pena ke arahnya, dan mengancamnya dengan ugutan: "Jika anda tidak mahu mengaku bersalah, saya akan pastikan anda dan bapa anda akan dikenakan hukuman mati".

Hakim Besar Sundaresh Menon menegaskan jika Omar benar-benar dipaksa oleh pegawai tersebut, maka itu dia sepatutnya berkata demikian.

- CNA/RB/fz

Top