Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rayuan ikat jamin penipu tuntutan palsu SkillsFuture S$40 juta ditolak

Salah seorang daripada lima suspek sindiket jenayah yang terlibat dalam tuntutan palsu SkillsFuture berjumlah S$40 juta, tidak dibenarkan ikat jamin semalam (10 Jan) kerana dikhuatiri akan memusnahkan bukti-bukti dan cuba menyembunyikan wang tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Rayuan ikat jamin penipu tuntutan palsu SkillsFuture S$40 juta ditolak

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Jan 2018 11:21AM Dikemas Kini : 11 Jan 2018 11:24AM

SINGAPURA: Salah seorang daripada lima suspek sindiket jenayah yang terlibat dalam tuntutan palsu SkillsFuture berjumlah S$40 juta, tidak dibenarkan ikat jamin semalam (10 Jan) kerana dikhuatiri akan memusnahkan bukti-bukti dan cuba menyembunyikan wang tersebut.

Lim Wee Hong David, 39 tahun, didakwa dengan tujuh tuduhan pada Disember 2017 berkaitan penipuan tersebut.

Ini kali kedua rayuan ikat jaminnya ditolak. Rayuan pertamanya ditolak pada 27 November tahun lalu.

Lim didakwa dengan empat tuduhan menerima S$1.8 juta tunai daripada Vincent Peter walaupun dia tahu bahawa wang itu diperolehi melalui kegiatan jenayah.

Dia juga didakwa kerana cuba memutarbalikkan proses keadilan dengan menghapuskan rekod panggilan dan perbualan melalui Whatsapp dengan Ng Chee Kwee dan Lee Lai Leng, untuk menyembunyikan wang bernilai S$600,000 yang diraih melalui jenayah tersebut dengan "menggunakan komputer untuk mendapat akses kepada sebuah program dengan niat untuk melakukan penipuan" dan memberi maklumat palsu kepada Pegawai Ehwal Komersial.

Peguam Lim, Chia Boon Teck memberitahu mahkamah bahawa telefon dan komputernya sudah dirampas, dan kemungkinan Lim memusnahkan bukti-bukti "tidak relevan".

Tambahan lagi, Ng Cheng Kwee, yang mendalangi skim itu, sudah menyerahkan diri kepada polis pada awal Disember, selepas perbicaraan Lim. Ini bermakna, kemungkinan Lim menghubungi Ng untuk mengendalikan sindiket itu "tidak lagi relevan", kata Encik Chia.

Beliau menambah bahawa tertuduh membuat rayuan ikat jamin kerana ibunya menghidap penyakit barah, dan mungkin dapat hidup selama lagi enam bulan saja.

Timbalan Pendakwa Raya Zhuo Wenzhao berkata bahawa meskipun telefon bimbit dan komputer Lim sudah dirampas, "ada alasan untuk percaya bahawa dia masih mempunyai bukti-bukti yang belum didedahkan kepada Jabatan Ehwal Komersial (CAD)."

Menurut Encik Zhou, CAD kini sedang berusaha mengesan S$600,000 yang hilang.

"Memandangkan dia yang terakhir memegang wang yang belum ditemui itu, ada risiko dia akan menyembunyikan atau melarikan wang itu jika dibebaskan dengan ikat jamin," kata beliau.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan