Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rawatan baru parut keloid, guna jarum mikro pertama seumpamanya

Para penyelidik di Pusat Kulit Nasional (NSC) sudah mencipta satu cara rawatan lain untuk mengecilkan parut keloid, atau sejenis parut yang menebal menjadi semakin besar hingga melepasi kawasan luka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Oct 2018 07:42PM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 09:35PM

SINGAPURA: Para penyelidik di Pusat Kulit Nasional (NSC) sudah mencipta satu cara rawatan lain untuk mengecilkan parut keloid, atau sejenis parut yang menebal menjadi semakin besar hingga melepasi kawasan luka.

Para pesakit di pusat itu akan menjadi yang pertama untuk mendapatkan rawatan tersebut pada akhir tahun ini, dengan rancangan untuk mungkin melanjutkannya kepada para pesakit lain, termasuk mereka di luar negara.

Cara rawatan itu hampir tidak sakit sama sekali.

NSC menangani lebih 5,000 kes keloid setiap tahun.

Bagi kebanyakan pesakit, mendapatkan rawatan bagi parut keloid sering menyakitkan dan tidak menyenangkan.

Rawatan yang ada sekarang memerlukan para pesakit mendapatkan suntikan steroid Triamcinolone ke dalam keloid setiap bulan.

Rawatan itu bagaimanapun mempunyai beberapa kekurangan, yang dapat diatasi menerusi cara rawatan baru tersebut dengan menggunakan kepingan penampal.

"Ciri teknologi baru ini menggunakan jarum-jarum mikro. Dengan meletakkan ubat di dalam jarum-jarum itu, ubat dapat dimasukkan secara tidak sakit kerana saiz jarum-jarumnya beratus kali lebih kecil daripada jarum biasa.

"Kedua, pesakit dengan mudah boleh menampak sendiri kepingan itu dan melakukannya di rumah pada bila-bila masa, dua hingga tiga minit sehari.

"Ketiga, jika pesakit mempunyai keloid di bahagian tengah muka, rawatan ini tidak menyebabkan tekanan ke atas bahagian itu dan oleh itu, tidak menyebabkan risiko menjadi buta yang mungkin boleh berlaku dalam suntikan biasa," kata Ketua Divisyen Penyelidikan Pusat Kulit Negara, Dr Tey Hong Liang.

Penampal itu juga mengandungi Triamcinolone.

Setiap bungkusan yang mengandungi sebanyak 30 penampal bernilai $40, iaitu sama dengan harga suntikan bulanan.

Para penyelidik juga sudah menjalankan kajian ke atas 27 pesakit dari 2016 hingga 2017.

88 peratus pesakit berkata mereka lebih memilih rawatan baru itu berbanding suntikan biasa.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan