Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rawatan barah di kawasan kejiranan beri manfaat kepada sekitar 800 pesakit

Sekitar 800 pesakit barah meraih manfaat daripada langkah menyediakan rawatan barah berisiko rendah di kawasan-kawasan kejiranan sejak ia diperkenalkan pada 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Rawatan barah di kawasan kejiranan beri manfaat kepada sekitar 800 pesakit
Diterbitkan : 12 Aug 2019 07:35PM Dikemas Kini : 12 Aug 2019 07:53PM

SINGAPURA: Sekitar 800 pesakit barah meraih manfaat daripada langkah menyediakan rawatan barah berisiko rendah di kawasan-kawasan kejiranan sejak ia diperkenalkan pada 2017.

Institut Barah Universiti Nasional (NCIS) menyatakan masa menunggu bagi para pesakit dapat dikurangkan manakala sumber-sumber dapat digunakan bagi menangani kes lebih rumit.

Cik Maimunah yang berusia 58 tahun misalnya, disahkan menghidap barah tulang pada tahun lalu.

Selepas menjalani rawatan di Hospital Universiti Nasional (NUH), beliau kini menjalani rawatan di cawangannya yang terletak di Pusat Perubatan Jurong.

Jarak yang dekat antara rumahnya dengan klinik itu juga memudahkan beliau mendapatkan rawatan yang diperlukan.

"Kalau ada dekat Jurong, saya tidak perlu duit tambang tapi kalau di hospital perlu bayar duit tambang. Jadi saya ingat dekat Jurong lagi mudah dan senang," ujar Cik Maimunah.

Satu lagi cawangan pusat rawatan NCIS terletak di Kelab Masyarakat Keat Hong.

Setiap pusat rawatan itu mempunyai dua jururawat terlatih dalam bidang onkologi.

Para pesakit boleh menjalani beberapa jenis rawatan kemoterapi, prosedur dan melakukan ujian darah di dua pusat tersebut.

Ini termasuk 13 jenis rawatan yang diberikan menerusi kaedah 'suntikan di bawah kulit'. Ia lazimnya disasarkan kepada para pesakit yang menghidap barah payu dara, prostat atau sumsum tulang.

Menurut NCIS, daripada kesemua rawatan barah yang dijalankan di hospital, sehingga 20 peratus boleh dilakukan dengan selamat di pusat-pusat sedemikian.

NCIS berharap dapat menubuhkan lebih banyak pusat rawatan sedemikian di tempat-tempat kejiranan kelak.  

Sumber : CNA/HA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan