Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rawatan alternatif diperkenalkan; lebih berkesan bantu pesakit barah

Sekitar 15,000 rakyat Singapura didapati menghidapi penyakit barah setiap tahun dan 50 peratus daripada mereka perlu menjalani radioterapi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2019 08:39PM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:13PM

SINGAPURA: Sekitar 15,000 rakyat Singapura didapati menghidapi penyakit barah setiap tahun dan 50 peratus daripada mereka perlu menjalani radioterapi.

Namun, akan ada satu rawatan alternatif lebih berkesan.

Dipanggil terapi proton, kaedah itu akan mula ditawarkan bermula awal tahun depan.

Mesin yang digunakan dalam terapi tersebut boleh mengesan dan mematikan sel-sel tumor dan barah tetapi tidak menjejas tisu-tisu sihat di sekelilingnya.

Meskipun ia kelihatan begitu besar, rawatan berkenaan hanya menggunakan alur proton sekecil saiz pensel, untuk mematikan sel-sel barah dengan tepat.

Mesin Varian ProBeam bernilai $44 juta dan akan ditempatkan di Pusat Terapi Proton Singapore Institute of Advanced Medicine (SAM), di Biopolis Drive.

Walaupun kos terapi tersebut tinggi, SAM menyatakan bahawa pesakit boleh menjimatkan kos yang diperlukan dalam merawat kesan-kesan sampingan radioterapi.

Dalam pada itu, institut itu sedang bekerjasama dengan agensi-agensi insurans tempatan bagi memastikan rawatan ini dimampui ramai pesakit.

SAM juga merancang untuk menubuhkan satu yayasan bagi membantu para pesakit yang tidak mampu mendapatkan rawatan tersebut.  

Sumber : CNA/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan