Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ratusan hadiri pesta bumi sokong usaha pelihara alam sekitar

Hujan dan cuaca sejuk tidak menghambat keghairahan ratusan orang untuk datang Pesta Bumi atau EarthFest, yang diadakan buat kali ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2018 07:28PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 10:45PM

SINGAPURA: Hujan dan cuaca sejuk tidak menghambat keghairahan ratusan orang untuk datang Pesta Bumi atau EarthFest, yang diadakan buat kali ketiga.

EarthFest yang diadakan di Marina Barrage hari ini (14 Jan) adalah acara bagi menggalak kehidupan mampan di Singapura.

Dari kegiatan mengitar semula sehingga ke bual bicara mengenai mesra sekitaran, para peserta berpeluang untuk mempelajari mengenai kehidupan mampan.

Mereka juga mengambil bahagian dalam usaha-usaha mesra sekitaran menerusi kegiatan seperti pertukaran pakaian dan buku-buku terpakai.

"Buku-buku dibuat daripada kertas dan ia boleh dikitar semula. Dengan mengambil bahagian dalam inisiatif ini kita boleh berkongsi. Jadi ia seperti menggunakan semula sumber-sumber," kata salah seorang peserta.

"Kita cenderung membeli tetapi mungkin kita tidak mampu membaca semuanya. Jadi, saya rasa bagus kalau kita ke perpustakaan, bertukar buku untuk mendapatkan apa yang kita mahu," kata seorang lagi peserta.

Menurut pihak penganjur, acara itu sudah berkembang sejak ia bermula pada tahun 2015.

"Jika dibandingkan pengunjung dan jumlah gerai yang kita ada sekarang dengan ketika pertama kali acara ini diadakan, kita dapat melihat betapa mereka yang berminat sudah bertambah, orang ramai bukan setakat berminat menjadi pengunjung malah juga dari segi perniagaan, yang berminat dalam perniagaan mampan," kata Pengarah Sukarelawan EarthFest, Michael Broadhead.

Pihak penganjur berharap acara-acara seperti EarthFest akan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk menjadi 'wira alam sekitar' walaupun menerusi usaha yang kecil.

"Apabila mereka datang ke pesta bumi ini, mereka boleh belajar tentang perkara-perkara dan tabiat harian yang boleh membuat perubahan. Mereka benar-benar boleh melakukan perubahan."

Menurut pihak penganjur berkongsi tips mengenai alam sekitar dengan orang lain akan membantu mendatangkan kesan lebih besar atas usaha ini.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan