Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangkaian Responder SGSecure tawar orang awam jadi relawan

Orang ramai yang mahu membantu orang lain dalam kecemasan kini boleh menjadi relawan menerusi Rangkaian Responder SGSecure yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Rangkaian Responder SGSecure tawar orang awam jadi relawan

Gambar fail, simulasi letupan dan serangan bersenjata yang diadakan pada 2 Sept 2016. (Gambar: Nuria Ling / TODAY)

Diterbitkan : 02 Nov 2019 10:33PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 11:15PM

SINGAPURA: Orang ramai yang mahu membantu orang lain dalam kecemasan kini boleh menjadi relawan menerusi Rangkaian Responder SGSecure yang baru.

Mereka boleh berbuat demikian menerusi Aplikasi SGSecure tetapi perlu melengkapkan diri dengan kemahiran menyelamatkan nyawa seperti CPR, pengetahuan asas memadamkan api atau Bantuan kecemasan.

Melalui app tersebut mereka akan dikerah untuk bertindak terhadap kes seperti sakit jantung dan kebakaran kecil di kawasan mereka.

Bagaimanapun, mereka tidak dipaksa untuk bertindak dan hanya harus melakukannya jika mereka mampu, dan apabila ia selamat berbuat demikian.

Rangkaian itu dilancarkan di pameran bergerak keempat SGSecure di Waterway Point oleh Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

Semasa ditemui di acara tersebut, Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Cik Sun Xueling berkata: "Kami sentiasa melihat individu-individu di Singapura menjadi radikal secara sendiri dan wujudnya ancaman pengganasan atau kemungkinan berlakunya serangan pengganas di Singapura adalah sesuatu yang benar."

"Dalam kecemasan sebarang kemahiran yang dapat menyelamatkan nyawa amat diperlukan. Dengan pelancaran Rangkaian SGSecure Responder, kami berharap untuk meggalakkan lebih ramai rakyat Singapura untuk tampil, jalani latihan kemahiran supaya menjadi responder aktif " ujarnya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan