Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangka kerja baru SkillsFuture bantu pegawai bangunkan kerjaya

Sebuah rangka kerja baru dihasilkan bagi sektor keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di bawah program SkillsFuture.

Anggaran Waktu Membaca:
Rangka kerja baru SkillsFuture bantu pegawai bangunkan kerjaya
Diterbitkan : 24 Oct 2019 07:32PM Dikemas Kini : 24 Oct 2019 07:33PM

SINGAPURA: Sebuah rangka kerja baru dihasilkan bagi sektor keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di bawah program SkillsFuture.

Semasa mengumumkan langkah tersebut di persidangan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja yang ke-17, Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo berkata rangka kerja baru tersebut akan membantu para pegawai merancang serta membuat keputusan yang baik mengenai pembangunan kerjaya.

Rangka kerja itu termasuk maklumat penting tentang sektor tersebut seperti statistik serta laluan kerjaya.

Pangkalan data tersebut mengandungi pekerjaan dan peranan kerja, meliputi lebih daripada 50 kemahiran dan kecekapan teknikal seperti sintesis data serta aplikasi teknologi.

Maklumat mengenai program-program latihan juga tersedia bagi mereka yang mahu meningkatkan kemahiran mereka atau menimba kemahiran baru. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan