Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rangka kerja baru bantu pertubuhan pastikan huraian AI beretika: IMDA

Singapura memperkenalkan satu rangka kerja sebagai panduan untuk pertubuhan-pertubuhan sektor swasta menggunakan huraian kecerdasan buatan (AI) secara beretika.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2019 02:14PM Dikemas Kini : 23 Jan 2019 09:48PM

DAVOS-KLOSTERS, SWITZERLAND: Singapura memperkenalkan satu rangka kerja sebagai panduan untuk pertubuhan-pertubuhan sektor swasta menggunakan huraian kecerdasan buatan (AI) secara beretika.

Model Rangka Kerja Tadbir Urus Kecerdasan Buatan didedahkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos pda Selasa (22 Jan). Mesyuarat itu diadakan sedang AI memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi digital Singapura.

Rangka kerja itu akan membantu pertubuhan-pertubuhan memastikan bahawa huraian AI yang digunakan mengambil kira keperluan dan kegiatan manusia dahulu, sebelum menggunakan fungsi-fungsi automatif untuk menyokong mereka.

Menurut Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), panduan itu akan menjadikan huraian AI lebih telus serta adil dan dapat dijelaskan kepada para pengguna sekali gus lebih diterima masyarakat.

Apabila ditanya mengenai kepentingan mendedahkan rangka kerja tersebut di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia, Encik Iswaran berkata bahawa ia membenarkan Singapura memainkan peranan dalam memacu penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab, serta mengumpul maklum balas antarabangsa mengenai inisiatif itu.

Encik Iswaran berkata bahawa respons daripada para peserta WEF adalah positif kerana rangka kerja itu menggariskan isu-isu berkaitan AI yang menjadi keprihatinan di seluruh dunia.

Pertubuhan-pertubuhan boleh mula menggunakan rangka kerja dan garis panduan tersebut.

IMDA menyifatkan rangka kerja itu sebagai 'bukti sebenar', yang akan berubah sejajar perubahan dalam ekonomi digital. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan