Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rang undang-undang kepalsuan online disengajakan mungkin dibentang separuh pertama 2019

Singapura dijangka membentangkan rang undang-undang tentang kepalsuan online yang disengajakan tahun depan, mungkin dalam enam bulan pertama 2019. Demikian menurut Menteri Negara Kanan Undang-Undang dalam satu wawancara khas dengan Channel NewsAsia hari ini (26 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Dec 2018 09:07PM Dikemas Kini : 26 Dec 2018 09:19PM

SINGAPURA: Singapura dijangka membentangkan rang undang-undang tentang kepalsuan online yang disengajakan tahun depan, mungkin dalam enam bulan pertama 2019.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan Undang-Undang, Edwin Tong, dalam satu wawancara khas dengan Channel NewsAsia hari ini (26 Dis).

"Banyak perkara harus dilakukan untuk memastikan keseimbangan. Contohnya, undang-undang perlu diukur tara. Ada beberapa jenis maklumat di luar sana dan juga ada pelbagai jenis kesan pencegahan yang kami mahu raih," kata Encik Tong.

"Misalnya, kepalsuan online yang disengajakan, tiada banyak yang boleh dilakukan jika maklumat tersebut sudah tersebar. Namun, ia mempunyai sekatan dan undang-undang untuk mengatasi kepalsuan yang disengajakan."

Encik Tong tidak mendedahkan waktu terperinci bila rang undang-undang itu akan dibentangkan. Namun Parlimen lazimnya membahaskan Belanjawan negara pada Februari dan Mac dan berehat pada Jun.

Ini bermakna terdapat kemungkinan ia akan dibentangkan pada April atau Mei 2019.

Awal tahun ini, Singapura menubuhkan Jawatankuasa Pilihan 10 anggota untuk meninjau masalah tersebut. Satu laporan juga diserahkan kepada Parlimen pada September lalu.

Undang-undang baru dijangka digubal sebagai sebahagian daripada pendekatan serampang berbilang mata dalam menangani isu rumit berkaitan maklumat yang salah. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan