Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ramai tidak sedar bayaran tambahan S$5 jika letak basikal luar kawasan ditetapkan

Mulai hari ini (14 Jan), bayaran tambahan S$5 dikenakan terhadap para pengguna basikal kongsi yang meletakkan basikal di luar kawasan yang ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ramai tidak sedar bayaran tambahan S$5 jika letak basikal luar kawasan ditetapkan
Diterbitkan : 14 Jan 2019 08:21PM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 08:24PM

SINGAPURA: Mulai hari ini (14 Jan), bayaran tambahan S$5 dikenakan terhadap para pengguna basikal kongsi yang meletakkan basikal di luar kawasan yang ditetapkan.

Tinjauan Mediacorp mendapati beberapa pengguna basikal kongsi tidak menyedari tentang peraturan baru itu yang berkuat kuasa hari ini (14 Jan).

Di samping mengunci basikal, mereka kini perlu mengimbas kod QR atau 'Respons Pantas' bagi menamatkan perjalanan mereka.

Para pengguna yang gagal berbuat demikian akan dikenakan bayaran tambahan S$5, di samping kos menyewa basikal.

Jika mereka mengulangi kesilapan itu, mereka akan dilarang menggunakan semua khidmat kongsi basikal selama sebulan.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha Penguasa Pengangkutan Darat bagi mencegah perbuatan meletak basikal sembarangan.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan