Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat Singapura dinasihati elak lawatan ke Rakhine, Myanmar

Susulan pertempuran ganas di beberapa kawasan di negeri Rakhine dan Chin di utara Myanmar, rakyat Singapura dinasihati supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke kawasan berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Singapura dinasihati elak lawatan ke Rakhine, Myanmar

Tindakan keras tentera Myanmar di Rakhine membuatkan lebih 700,000 orang melarikan diri ke sempadan memasuki Bangladesh. (Gambar: AFP / Ye Aung Thu)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 07:25AM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 07:28AM

SINGAPURA: Susulan pertempuran ganas di beberapa kawasan di negeri Rakhine dan Chin di utara Myanmar, rakyat Singapura dinasihati supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke kawasan berkenaan.

Dalam satu nasihat perjalanan bertarikh 1 Julai, Kementerian Luar (MFA) berkata rakyat Singapura harus mengelak kunjungan ke bandar Buthidaung, Kyauktaw, Maungdaw, Minbya, Mrauk-U, Ponnagyun dan Rathedaung di utara Rakhine, serta bandar Paletwa di negeri jiran Chin.

"Rakyat Singapura juga harus menangguhkan perjalanan tidak penting ke bahagian lain Rakhine atas faktor keselamatan yang tidak menentu dan boleh menjadi bertambah buruk dalam sekelip mata," tambah MFA.

Mereka yang sudah pun berada di Rakhine atau sedang membuat perjalanan ke Myanmar dinasihati terus berwaspada dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk keselamatan diri mereka, kata MFA. Ini termasuk memantau berita tempatan dengan rapi dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa negara itu.

Mereka juga harus membeli insurans perjalanan dan perubatan yang komprehensif dan faham betul terma serta perlindungan yang ditawarkan, serta terus berhubung dengan keluarga dan rakan.

Rakyat Singapura juga digalakkan untuk membuat e-Daftar dengan MFA supaya mereka boleh dihubungi jika perlu.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular segera boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Yangon atau Pejabat Pegawai Kementerian Luar:

Kedutaan Republik Singapura di Myanmar

238 Dhamazedi Road, Bandar Bahan, Yangon

Telefon: + 95-1-559-001, + 95-1-559-916

Telefon Petugas: + 95-9-250-863-840

E-mel: singemb_ygn [at] mfa.sg

Pejabat Petugas Kementerian Luar (24 jam)

Telefon: 6379 8800, 6379 8855

E-mel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan