Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura mesti terus berwaspada bagi cegah serangan Christchurch dari berlaku di sini, tegas DPM Teo

Rakyat Singapura boleh memainkan peranan dalam mencegah serangan pengganas seperti yang berlaku di Christchurch pada Jumaat (15 Mac) dengan terus berwaspada dan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada pihak berkuasa dengan secepat mungkin.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura mesti terus berwaspada bagi cegah serangan Christchurch dari berlaku di sini, tegas DPM Teo

Gambar fail DPM Teo Chee Hean. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 15 Mar 2019 05:58PM Dikemas Kini : 15 Mar 2019 06:02PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura boleh memainkan peranan dalam mencegah serangan pengganas seperti yang berlaku di Christchurch pada Jumaat (15 Mac) dengan terus berwaspada dan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan kepada pihak berkuasa dengan secepat mungkin.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean membuat seruan itu semasa menulis di laman Facebooknya hari ini.

Menerusi catatan Facebooknya itu, DPM Teo berkata beliau amat bersedih dengan kehilangan nyawa dan kecederaan yang dialami akibat serangan ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

"Kita masih berdepan dengan ancaman pengganasan dan radikalisme di Singapura. Setiap rakyat boleh memainkan peranan masing-masing bagi mencegah serangan sedemikian daripada berlaku di Singapura dengan terus mengamalkan sikap berwaspada dan segera melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan keapda pihak berkuasa," tulis DPM Teo dalam catatannya.

Ini, menurut DPM Teo, boleh dilakukan melalui aplikasi SGSecure dan beliau juga menggesa rakyat Singapura supaya memuat turun aplikasi tersebut.

"Ingatan dan doa kami ditujukan kepada para mangsa dan keluarga mereka," tambah DPM Teo.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan