Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura masih 'agak konservatif' terhadap isu homoseksual

Rakyat Singapura kekal sebagai sebuah masyarakat "agak konservatif" tetapi terdapat perubahan ketara dalam pandangan mereka terhadap isu homseksual sepanjang lima tahun lalu khususnya dalam kalangan golongan muda.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura masih 'agak konservatif' terhadap isu homoseksual

Orang ramai di Taman Hong Lim semasa acara Pink Dot 2016. (Gambar fail: Monica Kotwani)

Diterbitkan : 02 May 2019 10:12PM Dikemas Kini : 02 May 2019 10:14PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura kekal sebagai sebuah masyarakat "agak konservatif" tetapi terdapat perubahan ketara dalam pandangan mereka terhadap isu homseksual sepanjang lima tahun lalu khususnya dalam kalangan golongan muda.

Demikian menurut tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS) tentang Agama, Kesusilaan dan Konservatisme di Singapura yang dikeluarkan pada Khamis (2 Mei).

Dalam tinjauan yang dijalankan antara Ogos 2018 hingga Januari 2019 terhadap lebih 4,000 rakyat Singapura, para responden lebih muda didapati bersikap lebih terbuka terhadap hubungan sejenis atau homoseksual.

Hampir 60 peratus daripada mereka yang berusia antara 18 hingga 25 tahun menyatakan bahawa perkahwinan sesama jenis "tidak salah".

Bagaimanapun, kurang 10 peratus responden yang berusia 65 tahun dan ke atas akur dengan pandangan tersebut.

Secara keseluruhannya, 26.9 peratus responden tidak menyifatkan isu homoseksual sebagai sesuatu yang salah.

IPS turut mendedahkan responden yang lebih berpelajaran umumnya bersikap terbuka kecuali mereka yang beragama Islam atau Kristian.  

Sumber : CNA/AQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan