Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura kini boleh hulur derma secara digital

Menghulurkan bantuan demi amal bukan sekadar mendermakan wang. Ia juga boleh dilakukan dengan meluangkan masa kita dan menjadikannya sebagai satu tabiat dalam kehidupan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 May 2018 06:51PM Dikemas Kini : 21 May 2018 12:10AM

SINGAPURA: Menghulurkan bantuan demi amal bukan sekadar mendermakan wang. Ia juga boleh dilakukan dengan meluangkan masa kita dan menjadikannya sebagai satu tabiat dalam kehidupan.

Menerusi cara itu, kita akan dapat menjadi sebuah masyarakat yang lebih baik.

Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin berkata demikian semasa memberikan sokongan beliau kepada usaha seramai 1,200 pelajar yang menjalankan usaha mengumpul dana menjelang Persembahan Amal Dana Masyarakat.

"Dana Masyarakat bukan sekadar tentang membantu orang lain dari segi mengumpulkan wang. Sebaliknya ia melibatkan masyarakat kerana menerusi proses tersebut, kita juga akan berubah.

"SG Cares adalah tentang mewujudkan sebuah ekosistem di mana perbuatan menghulurkan bantuan dan sikap saling menyayangi, kedua-duanya dari segi wang dan juga dari segi masa, menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Saya amat gembira untuk menyokong sambutan ulang tahun Dana Masyarakat hari ini," kata Encik Tan.

Seramai 1,200 pelajar dari 12 institusi pengajian tinggi bertemu orang ramai pagi tadi, menggalakkan mereka supaya melakukan derma secara digital.

Encik Tan menunjukkan sokongan beliau dengan menyertai para pelajar tersebut semasa mereka membuat persembahan jalanan.

Ini adalah kali pertama di Singapura di mana derma bagi sebuah persembahan televisyen boleh dibuat secara digital menerusi DBS PayLah! dan aplikasi digibank serta iWealth.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan