Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura dinasihati tangguh perjalanan tidak perlu ke Pakistan, India

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura supaya menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Pakistan dan India di tengah-tengah ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura dinasihati tangguh perjalanan tidak perlu ke Pakistan, India

Penduduk tempatan dan pihak berkuasa di tapak di mana jet pejuang terhempas. (Gambar: Tauseef Mustafa/AFP)

Diterbitkan : 28 Feb 2019 07:55AM Dikemas Kini : 28 Feb 2019 07:58AM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati rakyat Singapura supaya menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Pakistan dan India di tengah-tengah ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Rakyat Singapura yang sudah berada di India atau Pakistan perlu mengambil semua langkah yang perlu bagi menjaga keselamatan mereka, tambah MFA dalam kenyataannya.

Awal semalam (27 Feb), India dan Pakistan mengaku menembak jatuh jet pejuang satu sama lain berkaitan isu wilayah Kashmir yang dipertikaikan. Kedua-dua pihak menuntut Kashmir, namun hanya dapat menguasai beberapa kawasannya sahaja.

Insiden tersebut merupakan yang terkini dalam siri kejadian berbahaya antara kedua-dua negara yang dilengkapi dengan senjata nuklear itu. Hubungan dua negara tersebut sangat tegang sejak serangan bom nekad pada 14 Feb di Kashmir yang meragut 40 nyawa polis.

MFA menyatakan: "Singapura sangat prihatin tentang ketegangan yang berlaku antara India dengan Pakistan menyusuli serangan Pulwama pada 14 Feb. Kami menggesa kedua-dua pihak supaya melindungi keselamatan orang awam.

"Rakyat Singapura harus menangguhkan semua perjalanan tidak perlu ke Jammu dan Kashmir di India, dan ke Pakistan. Para pelancong turut dinasihati supaya berhati-hati di kawasan lain, terutama sekali di daerah sempadan antara Pakistan dengan India, memandangan keadaan keselamatan tidak menentu."

Amaran peringkat tinggi dikeluarkan bagi New Dehli, Mumbai dan daerah-daerah sempadan Kutch, Banaskantha dan Patan di Gujarat, menurut MFA.

MFA turut menarik perhatian kepada penutupan beberapa lapangan terbang dan pembatalan penerbangan di Jammu dan Kashmir, serta di beberapa wilayah India termasuk Punjab, Himachal, Pradesh, Rajasthan dan Uttarakhand.

Penguasa Penerbangan Awam Pakistan juga menutup ruang udaranya bagi semua penerbangan komersil. Penerbangan di seluruh negara juga dibatalkan.

Rakyat Singapura yang sudah berada di India dan Pakistan dinasihati supaya "terus berwaspada, mengikuti perkembangan menerusi media tempatan dan mematuhi arahan-arahan pihak berkuasa," menurut MFA.

"Terus berhubungan dengan keluarga dan sahabat-sahabat anda di Singapura agar mereka tahu anda selamat," tambah kementerian itu.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular di India atau Pakistan boleh menghubungi:

Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di New Dehli, India
Alamat: E-6 Chandragupta Marg, Chanakyapuri, New Delhi 110021
Tel: +91 11 4600 0800 / +91 98102 03595
Emel: singhc_del [at] mfa.sg

Ketua Konsulat Singapura di Karachi, Pakistan
Alamat: Lakson Square Building No. 2, Sarwar Shaheed Road, Karachi
Tel: +92 21 3568 6419 / +92 21 3568 5308
Emel: singaporecg [at] cyber.net.pk

Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)
Tel: +65 6379 8800 / +65 6379 8855 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan