Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura didenda RM8,000 dera anjing di M'sia

Seorang lelaki rakyat Singapura yang dirakam kamera CCTV, mendera seekor anjing di Selangor pada April 2017, dikenakan denda RM8,000 ($2,668) oleh pihak berkuasa Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura didenda RM8,000 dera anjing di M'sia

Petikan gambar dari rakaman CCTV. (Gambar: YouTube/John Miller)

Diterbitkan : 08 Jan 2018 03:39PM Dikemas Kini : 08 Jan 2018 03:43PM

PETALING JAYA: Seorang lelaki rakyat Singapura yang dirakam kamera CCTV, mendera seekor anjing di Selangor pada April 2017, dikenakan denda RM8,000 ($2,668) oleh pihak berkuasa Malaysia.

Terry Yee Kok Chew, 57 tahun, dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya hari ini (8 Jan), menurut laporan The Sun Daily.

Yee meminta dibicarakan pada Ogos lalu setelah dia mengaku tidak bersalah mendera haiwan tersebut.

Menerusi rakaman video pada bulan April 2017, Yee dilihat terjatuh dari basikal setelah terkejut disebabkan seekor anjing.

Dia kemudian merenggut tengkuk anjing tersebut dan berkali-kali memukulnya dengan topi keledar.

Anjing yang namanya Furby itu merupakan milik pengawal di sebuah estet kediaman di Taman Melody, Puchong.

Dalam satu wawancara dengan TheStarTV pada bulan Ogos lalu, Yee berkata dia "hilang imbangan" pada hari berlaku insiden tersebut.

Dia menambah anjing itu pernah menyerangnya sebanyak enam kali sebelum insiden tersebut dan dia juga kehilangan cincin pertunangan dalam serangan terdahulu.

"Saya meminta maaf kerana melampaui batas dan memukul anjing itu begitu teruk. Saya sayangkan anjing; saya sayangkan haiwan," kata Yee yang dipetik oleh TheStarTV.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan