Images
  • singapore high commission
    Gambar: Singapore High Commission in Wellington/Facebook

Rakyat S'pura di New Zealand digesa terus berwaspada

SINGAPURA: Rakyat Singapura di New Zealand digesa supaya terus berwaspada.

Seruan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura di Wellington, New Zealand pada Jumaat (15 Mac).

Menerusi catatan di laman Facebooknya hari ini, Suruhanjaya Tinggi Singapura menasihati semua rakyat Singapura yang berada di Christchurch supaya jangan keluar rumah dan menjauhi tempat-tempat yang penuh sesak.

Pihak berkuasa di New Zealand juga mengarahkan sekolah-sekolah di Christchurch supaya ditutup sehingga diberitahu kelak.

Rakyat Singapura juga dinasihati supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Bagi maklumat lanjut, rakyat Singapura yang berada di New Zealand turut dinasihati supaya mengikuti perkembangan melalui laman Twitter Polis New Zealand @nzpolice.

Untuk mendapatkan bantuan konsular pula, sila hubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di talian +64-21-280-3161.

- BERITAmediacorp/AW/sm

Top