Rakyat S'pura di Hong Kong dinasihati elakkan tempat ramai orang berhimpun
Rakyat Singapura di Hong Kong dinasihati agar mengelakkan daripada melawat "kawasan dengan ramai orang dan perhimpunan beramai-ramai" menyusuli beberapa laporan tentang rancangan mengadakan rapat besar-besaran dalam beberapa hari.
SINGAPURA: Rakyat Singapura di Hong Kong dinasihati agar mengelakkan daripada melawat "kawasan dengan ramai orang dan perhimpunan beramai-ramai" menyusuli beberapa laporan tentang rancangan mengadakan rapat besar-besaran dalam beberapa hari. Demikian menurut Konsulat Singapura di Hong Kong pada Selasa (11 Jun).
Bandar itu menyaksikan bantahan paling besar sejak ia diserahkan kepada China pada 1997 dengan lebih sejuta orang mengambil bahagian dalam bantahan Ahad lalu untuk membant rancangan membenarkan ekstradisi ke tanah besar China.
"Menyusuli tunjuk perasaan besar-besaran di Hong Kong pada 9 Jun 2019, terdapat laporan media bahawa tunjuk perasaan akan diadakan di Admiralty dan Wanchai pada 11 Jun dan 12 Jun 2019," menurut Konsulat Umum dalam satu notis.
"Konsulat Singapura di Hong Kong ingin menasihati rakyat Singapura di Hong Kong untuk mengelakkan lawatan ke Admiralty dan Wanchai, kawasan-kawasan ramai orang dan perhimpunan beramai-ramai dalam beberapa hari mendatang ini, dan memantau media tempatan dengan teliti untuk mengikuti perkembangan terkini."
Untuk maklumat terkini, rakyat Singapura boleh mengikuti akaun Facebook dan Twitter pasukan polis Hong Kong, tambahnya.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular semasa di Hong Kong boleh menghubungi talian berikut:
Konsulat Singapura di Hong Kong
Tel: +852 2527-2212 atau +852 9466-1251 (selepas waktu pejabat)
Emel: singcg_hkg [at] mfa.sg
Pejabat Petugas 24 jam MFA
Tel: +65 6379-8800/8855
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg
Laman web: http://www.mfa.gov.sg
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.