Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura dengan masalah neurologi meningkat 22% dari 2013 hingga 2017

Jumlah rakyat Singapura yang dikesan mengalami masalah neurologi atau sistem saraf meningkat 22 peratus sepanjang lima tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Sep 2018 08:34PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 02:39PM

SINGAPURA: Jumlah rakyat Singapura yang dikesan mengalami masalah neurologi atau sistem saraf meningkat 22 peratus sepanjang lima tahun lalu.

Lebih daripada 50,000 orang yang mengalami masalah itu termasuk mereka yang mengalami demensia, angin ahmar dan menghidap tumor otak.

Jumlah itu dijangka meningkat dengan keadaan penduduk Singapura yang semakin menua.

Demikian didedahkan oleh Institut Sains Neuro Nasional (NNI) pada Sabtu (1 Sep) sempena edisi kedua pameran bergerak bagi meningkatkan tahap kesedaran mengenai masalah berkaitan sistem saraf.

Di pameran yang berlangsung di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi Terminal itu, para pengunjung boleh menyertai pelbagai kegiatan interaktif.

Mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas pula boleh menjalani pemeriksaan daya ingatan secara percuma.

Pameran itu yang berlangsung sehingga Ahad depan (9 Sep) bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap masalah dan penyakit berkaitan saraf.

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, menarik perhatian bahawa NNI mengadakan pelbagai program bersifat masyarakat bagi menyediakan sokongan kepada para pesakit dan penjaga mereka.

Ini termasuk penubuhan Pusat NNI bagi penyakit Parkinson dan Masalah Untuk Bergerak serta Program Penilaian dan Pemulihan Kognitif untuk mengesan awal penyakit demensia. 

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan