Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura daki gunung Ong Teng Cheong; raikan ulang tahun kemerdekaan negara

Sempena meraikan hari kebangsaan Singapura yang ke-53, sekumpulan rakyat Singapura mendaki sebuah gunung yang dinamakan bersempena salah seorang mantan presiden negara ini - Ong Teng Cheong.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Aug 2018 06:08PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 09:57PM

KAZAKHSTAN: Sempena meraikan hari kebangsaan Singapura yang ke-53, sekumpulan rakyat Singapura mendaki sebuah gunung yang dinamakan bersempena salah seorang mantan presiden negara ini - Ong Teng Cheong.

Dengan ketinggian 4,743 meter, gunung tersebut separuh ketinggian Gunung Everest. Gunung Ong Teng Cheong terletak di kawasan pergunungan Kazakhstan. Pendakian itu dijangka dijalankan selama sekitar sembilan jam.

Wartawan Mediacorp, Glenda Chong, merupakan salah seorang anggota pasukan ekspedisi tersebut. Beliau turut memberi perkembangan terkini sepanjang ekspedisi itu.

Menurutnya, suhu udara di gunung itu antara -5 hingga lapan darjah Selsius. Mereka perlu mengharungi cuaca yang begitu sejuk dan melalui kawasan dengan salji tebal sehingga paras lutut. Paras oksigen juga rendah di bahagian puncak gunung berkenaan.

Ekspedisi akan dibatalkan sekiranya cuaca memburuk.

Sehari sebelumnya, pasukan itu juga mendaki gunung Ong Siew May. Gunung itu dinamakan Ong Siew May sebagai penghargaan terhadap isteri kepada mendiang Ong Teng Cheong. Gunung itu juga setinggi lebih 4,450 meter.   

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan