Images
  • egate
    Gambar fail pelancong. (Gambar: New Zealand Customs/Facebook)

Rakyat S'pura boleh guna eGate New Zealand mulai esok

SINGAPURA: Rakyat Singapura dan New Zealand boleh memanfaatkan kemudahan imigresen secara automatik apabila mengunjungi kedua-dua negara ini. Demikian diumumkan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (11 Feb).

Rakyat Singapura yang layak boleh menggunakan kemudahan kawalan pasport eGate New Zealand mulai esok.

eGate adalah pelepasan kastam automatik. Ia disediakan di lapangan terbang Auckland, Wellington, Christchurch dan Queenstown, menurut laman jabatan kastam New Zealand.

Para pengguna mestilah berusia 12 tahun ke atas dan memiliki ePasport. Begitu juga bagi para pemegang pasport New Zealand yang mestilah berusia enam tahun dan ke atas untuk layak membuat permohonan bagi Program Pengunjung Kerap ke Singapura (FTP).

Para pemohon dari New Zealand mestilah mempunyai pasport yang sah masih boleh digunakan melebihi tempoh enam bulan dan sudah mengunjungi Singapura sekurang-kurangnya dua kali sejak dua tahun lalu.

Tiada bayaran dikenakan bagi pendaftaran FTP, menurut ICA dalam kenyataan medianya.

Program tersebut membolehkan para pelancong yang layak untuk melakukan pelepasan kastam menggunakan kemudahan tersebut.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonon bagi FTP di pusat-pusat pendaftaran yang ditempatkan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, pusat khidmat pengunjung di Bangunan ICA, serta di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas. 

- CNA/NA/na

Top