Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat M'sia yang bantu Chew Eng Han larikan diri dari S'pura dipenjara 6 bulan

Lelaki rakyat Malaysia yang dituduh membantu bekas pemimpin Gereja City Harvest Chew Eng Han melarikan diri dari Singapura pada bulan Februari lalu, hari ini (12 Apr) dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat M'sia yang bantu Chew Eng Han larikan diri dari S'pura dipenjara 6 bulan

Khoo Kea Leng digiring polis. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 12 Apr 2018 05:59PM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 07:22PM

SINGAPURA: Lelaki rakyat Malaysia yang dituduh membantu bekas pemimpin Gereja City Harvest Chew Eng Han melarikan diri dari Singapura pada bulan Februari lalu, hari ini (12 Apr) dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Khoo Kea Leng, 45 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Akta Imigresen.

Dia menerima wang tunai sebanyak S$8,000 daripada Chew pada 20 Februari sebagai sebahagian bayaran kerana membantunya melarikan diri dan mengelak menjalani hukuman penjara. Rancangannya supaya Chew, 57 tahun melarikan diri ke Malaysia, menurut dokumen mahkamah.

Khoo bertemu Chew di Blok 75 Marine Drive, berdekatan East Coast Park untuk membincangkan rancangan melarikan diri itu dan juga untuk menerima bayaran daripada Chew.

Khoo, pada waktu itu merupakan pemandu bebas yang membawa penumpang berulang alik antara Singapura dengan Johor Bahru serta daerah lain di Malaysia.

Chew ditangkap semasa berada di laut pada 21 Februari dan didakwa di mahkamah keesokan harinya atas tuduhan melarikan diri dari Pulau Ubin - lokasi keberangkatan yang tidak disahkan - dengan menaiki sampan.

Dia dibebaskan dengan ikan jamin S$1 juta dan sepatutnya menyerah diri pada 22 Februari untuk memulakan hukuman penjara selama tiga tahun empat bulan kerana peranannya dalam skandal menggelapkan dana Gereja City Harvest sebanyak S$50 juta. Kes gereja tersebut adalah yang terbesar dalam sejarah Singapura, melibatkan dana amal.

Sampan itu, yang dikemudi oleh seorang penternak ikan Tan Poh Teck, dipintas oleh Polis Pengawal Luat kira-kira 2.4 kilometer dari Pulau Ubin.

Tan, 53 tahun, juga sudah dikenakan dakwaan. Dia berdepan tiga pertuduhan membantu Chew melarikan diri dari Singapura secara haram dengan menaiki botnya.

Chew, yang diwakili oleh Encik Jonathan Phipps, dan Tan akan dihadapkan ke mahkamah pada 3 Mei bagi persidangan praperbicaraan.

Abang Chew, Eng Soon, 61 tahun juga ditangkap pada hari yang sama. Dia bagaimanapun belum didakwa. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan