Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat India dipercayai dalang penipuan berjuta dolar diekstradisi ke Amerika Syarikat

Seorang warga negara India berusia 42 tahun, Hitesh Madhubhai Patel, diserahkan kepada Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Apr 2019 12:10PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 11:26PM

SINGAPURA: Seorang warga negara India berusia 42 tahun, Hitesh Madhubhai Patel, diserahkan kepada Amerika Syarikat. Demikian menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (20 Apr).

Menurut kenyataan, Singapura menerima permintaan dari pemerintah Amerika Syarikat pada September lalu untuk menyerahkan kembali Patel. Dia didakwa di Amerika atas penglibatannya dalam sebuah pertubuhan jenayah rentas negara yang berpangkalan di India.

Patel dituduh melakukan "banyak penipuan dengan menyamar melalui telefon dan skim pengubahan wang haram yang licik dan berjaya di India" antara Januari 2012 dengan Oktober 2016 yang memperdaya lebih 15,000 mangsa di Amerika Syarikat sekurang-kurangnya AS$230 juta (S$311 juta).

Pihak-pihak berkuasa menyatakan 24 daripada rakan komplot Patel dijatuhi hukuman sehingga 20 tahun penjara di Amerika Syarikat. Kes itu disifatkan sebagai pendakwaan berskala besar pertama melibatkan berbilang pihak berkuasa keadilan yang menyasarkan industri penipuan pusat panggilan India.

Patel diberkas pada 21 September tahun lalu.

Mahkamah Negara menentukan Patel boleh diserah kembali ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan bagi dakwaan pakatan sulit umum, subahat penipuan kewangan menerusi teknologi maklumat dan subahat pengubahan wang haram.

Tambahnya, kes tersebut menggariskan komitmen Singapura untuk bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa dalam konteks jenayah rentas negara supaya agensi penguatkuasa dapat menangani orang-orang yang melakukan jenayah tersebut dengan berkesan.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan