Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakan subahat kes penipuan GST dipenjara 6 minggu

Seorang lelaki berusia 46 tahun dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu pada Khamis (2 Ogos) kerana mengelakkan dari membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bernilai lebih S$30,000 pada 2005 dan 2006.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakan subahat kes penipuan GST dipenjara 6 minggu

(Gambar hiasan: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 03:55PM Dikemas Kini : 03 Aug 2018 03:11AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 46 tahun dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu pada Khamis (2 Ogos) kerana mengelakkan dari membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bernilai lebih S$30,000 pada 2005 dan 2006.

Sng Kay Heng diarahkan membayar denda lebih S$92,000, tiga kali ganda jumlah cukai yang tidak dibayar kepada Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri (IRAS).

Hukuman itu dijatuhkan ke atasnya lebih sedekad selepas siasatan bermula pada 2007.

Sng bersubahat dengan dalang penipuan Eric Chia yang dipenjara selama 15 bulan pada 2014. Chia juga diarahkan membayar denda lebih S$1.2 juta. Dia bersama tiga rakan subahat terbabit dalam penipuan GST bernilai hampir S$1 juta.

Sng, pemilik tunggal firma perdagangan borong Strikey Trading membuat penyataan palsu bagi mendapatkan pulangan GST untuk syarikatnya sebanyak tiga kali pada lewat 2005 dan awal 2006. Dengan menipu, dia mengelakkan bayaran cukai sebanyak S$30,806.61.

Pendakwa cukai kanan IRAS, Patrick Nai meminta supaya Sng dipenjarakan sekurang-kurangnya 14 minggu, dengan mengatakan bahawa mereka yang sengaja mengelak membayar cukai perlu dijatuhi hukuman berat kerana ia melibatkan kepentingan awam yang besar.

Bagaimanapun, peguam Sng meminta hukuman penjara sehari atas alasan dia sudah bekerjasama dengan IRAS dan pihak berkuasa dengan menghadiri semua wawancara dari tahun 2007.

Ketika menjatuhkan hukuman penjara enam minggu itu, majistret Yan Jiakang berkata meskipun Sng tidak lagi melanggar undang-undang, tiada bukti bahawa dia sudah benar-benar berubah.

Bagi kesalahan mengelak membayar GST, Sng boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan didenda sehingga S$10,000, selain membayar penalti sehingga tiga kali ganda jumlah cukai yang tidak dibayar. 

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan