Images
  • one comty fiesta

Rakaman baru Lagu Kebangsaan "Majulah Singapura" sempena ulang tahun ke-60 lambang negara

SINGAPURA: Rakaman Lagu Kebangsaan "Majulah Singapura" akan diperbaharui sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 lambang negara.

Versi yang digunakan sekarang dirakam pada 2001.

Rakaman baru itu akan mempunyai mutu yang lebih tinggi menggunakan peralatan studio kontemporari dan berdasarkan susunan muzik asal.

Lagu Majulah Singapura diperkenalkan sebagai Lagu Kebangsaan Negara pada 1959.

Sebagai sebahagian daripada sambutan 60 tahun bendera Singapura, lagu kebangsaan dan jata negara, versi baru lagu kebangsaan akan dirakamkan bersama Orkestra Simfoni Singapura.

Rakaman baru itu akan pertama kali dimainkan di semua stesen radio tempatan lusa (3 Dis).

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu mengumumkan demikian di luar satu acara karnival sukan di Jurong.

"Rakaman baru akan membolehkan kita berfikir tentangnya dan mendengar dengan penuh teliti lagu kebangsaan sekali lagi. Jadi saya rasa ia amat simbolik dan bermakna bagi kita memainkan versi baru ini pada 11.20 pagi pada 3 Disember," ujar Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu. 

- CNA/NF/na

Top